Mulai 1 Januari depan, cabutan khas atau istimewa nombor ramalan empat digit (4D) dikurangkan kepada lapan kali setahun berbanding 22 kali.<br /><br />Ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet di Putrajaya pada Isnin.<br /><br />Pada tahun 2021, kerajaan telah memberikan kebenaran syarikat terbabit mengadakan 22 cabutan khas untuk nombor 4D tahun ini, tiga kali ganda daripada biasa.
